SAHAM WAKAF JOHOR
Saham
Wakaf Johor diwujudkan adalah bertujuan untuk menggalakkan umat islam
di negeri ini khususnya untuk mengamalkan ibadah berwakaf.
Ia juga
merupakan satu skim yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor
dengan nilai RM 10 seunit untuk dimiliki oleh umat islam dan mewakafkan
saham tersebut kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan tujuan
manfaatnya diberikan kepada umat islam.
Skim ini
dilancarkan berasaskan kepada penghayatan terhadap sabda Rasullulah s.a.w
yang bermaksud:
“
Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali
tiga perkara iaitu SEDEKAH JARIAH, ILMU YANG DIMANFAATKANNYA dan ANAK YANG
SOLEH yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.
(Hadis Riwayat Muslim )
Dengan
wujudnya skim ini ianya boleh menafikan tanggapan sesetengah masyarakat islam
bahawa berwakaf itu hanya boleh dilakukan oleh individu tertentu yang
mempunyai harta dan kemampuan kewangan sahaja.
OBJEKTIF
SAHAM WAKAF JOHOR
1.
Menghidup suburkan semula amalan wakaf yang merupakan sedekah jariah yang
sangat dituntut oleh Islam.
2. Menyediakan kemudahan dan alternatif kepada masyarakat umat Islam untuk menyertai ibadah wakaf walaupun tanpa melibatkan wakaf yang berbentuk aset kekal 3. Dalam usaha menggalakkan masyarakat Islam mengiktiraf wakaf sebagai sistem yang diyakini berpotensi untuk menggerakkan pembangunan sosial dan ekonomi umat Islam. 4. Menanam dan mendidik sikap, semangat dan kerjasama yang erat antara sesama umat Islam berkonsepkan ukhuwwah Islamiah dan semangat Taawun dalam Islam. 5. Memperbanyakkan lagi pegangan aset, harta umat Islam hasil daripada pengumpulan tunai dan disalurkan untuk kepentingan agama Islam dan pembangunan masyarakat Islam. 6. Melaksanakan strategi pembangunan harta-harta wakaf dan ekonomi umat Islam dengan skop yang lebih luas, dinamik dan bersepadu. 7. Meluaskan saluran kebajikan dengan sistematik dan berkesan. 8. Memberi alternatif kepada semua golongan umat Islam untuk turut menyumbang ke arah pembangunan sosio ekonomi masyarakat Islam. 9. Melahir dan menzahirkan pembangunan Institusi Wakaf dengan lebih produktif dan berwibawa.
KONSEP
SAHAM WAKAF JOHOR
Mewakafkan
harta adalah merupakan amal jariah yang sangat dituntut oleh agama Islam
kerana amalan wakaf bukan hanya sebagai satu ibadah malahan ia merupakan satu
sistem yang berpotensi untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat Islam
melalui pengumpulan harta secara bersama dan berkelompok.
SWJ
adalah satu skim bagi menggalakkan orang ramai ( umat Islam ) menyumbang dan
membuat pelaburan sebagai sedekah jariah ( wakaf ) tanpa had maksimum untuk
tujuan demi kepentingan, kebajikan dan kemaslahatan umat Islam secara
menyeluruh.
Sesiapa
sahaja yang beragama Islam boleh menyertai skim ini. SWJ ini memudahkan umat
Islam untuk mewakafkan harta mereka dalam bentuk tunai kerana tidak semua
umat Islam di negeri ini khasnya dan di Malaysia amnya, mempunyai aset atau
harta kekal seperti tanah, bangunan dan sebagainya.
Dengan skim Saham wakaf yang mudah ini maka diharap semua Umat Islam di negeri ini dapat menyumbang dan membuat pelaburan untuk Akhirat mereka.
MATLAMAT
SAHAM WAKAF JOHOR DITUBUHKAN
Allah
S.W.T amat menggalakkan hambaNya ( umat Islam ) memperbanyakkan dan
berlumba-lumba dalam mengerjakan ibadah sesuai dengan firmanNya yang
bermaksud:-
“ Maka berlumba-lumbalah kamu dalam mengerjakan kebajikan ” (Surah Al-Baqarah – Ayat 148)
Justeru
itu rebutlah peluang keemasan ini untuk kita bersama-sama mengumpul bekalan
dan saham akhirat kita melalui Skim Wakaf Tunai yang mudah ini. Semoga wakaf
tuan/puan akan mendapat ganjaran pahala yang berkekalan sebagaimana yang
dijanjikan oleh Allah Taala disamping kita menyumbang kepada kesejahteraan
masyarakat Islam dan agama Islam yang Maha suci.Hendaklah Berniat Mewakilkan
Wakaf Ketika Mengisi Borang Wakaf "
KEMUDAHAN
PEMBELIAN SAHAM WAKAF JOHOR
|
|||||||||||||
|
|||||||||||||
PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN
Keprihatinan,
komitmen dan sumbangan menerusi konsep “Saham Wakaf” yang dihulurkan mendapat
perhatian pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Johor. Setiap penyertaan
kepada Skim Saham Wakaf Johor akan melayakkan peserta menerima pengecualian
cukai pendapatan di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967
(No. Rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-93-97 )
|
Saham Wakaf Johor (SWJ
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan