PENGENALAN
Penubuhan
Bahagian Wakaf
- Ditubuhkan pada tahun 1313 H
bersamaan 1895 M.
- Pada Peringkat awal ianya
ditadbir oleh DYMM Tuanku Sultan Johor
- Diserahkan kepada State
Secretary Of Johor (Setiausaha Kerajaan Johor) dalam urusan tadbiran dan pemegang
amanah
- Diserahkan kepada Jabatan Agama
dan dikelolakan oleh Yang Di Pertua Jabatan Agama Johor
- Diletak di bawah MAIJ dengan
kuat kuasa Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor 1978 / 2003
Objektif
Penubuhan
- Memantapkan masyarakat Islam
tentang konsep Wakaf.
- Menjelaskan kepentingan Wakaf
di dalam merealisasikan sosio ekonomi Islam.
- Memberi kesedaran kepada umat
Islam akan pentingnya merebut peluang pembangunan bagi memajukan ekonomi
Islam.
Fungsi
Utama
- Mengurus dan mentadbir Kumpulan
Wang Wakaf sebagai Pemegang Amanah Wakaf.
- Sebagai pemegang amanah
harta-harta yang diwakafkan oleh umat Islam untuk tujuan-tujuan tertentu
Bidang
Kuasa
- Mentadbir harta-harta Wakaf.
- Mendaftar harta-harta Wakaf.
- Mengurus harta-harta Wakaf
mengikut tujuan yang telah ditentukan oleh pewakaf.
Pemegang
Amanah
- Menurut seksyen 89 Enakmen
Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor 2003, Majlis Agama Islam Negeri Johor
telah menjadi pemegang amanah tunggal
bagi :-
- Semua wakaf, sama ada wakaf
am atau wakaf khas;
- Semua nazr am ; dan
- Segala jenis amanah yang
mewujudkan apa-apa amanah khairat bagi menyokong dan memajukan agama
islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak, dan bagi
semua apa-apa harta yang tersentuh oleh wakaf, nazr am atau amanah itu
dan terletak di dalam Negeri Johor.
Jenis
Harta Wakaf di Johor
Wakaf
daripada :
- Individu
- Rizab Kerajaan / Pertubuhan (
Irshod )
Wakaf Am
dan Khas dalam bentuk dan tujuan :
- Tanah
- Bangunan dan kediaman
- Tapak masjid, surau, sekolah
agama, kubur, pertubuhan anak yatim dan lain- lain.
MAKSUD WAKAF
Dari sudut bahasa perkataan Wakaf
adalah berasal dari perkataan Arab “ Al-Waqf ” (اَلْوَقْفُ) yang bermaksud
harta yang diwakafkan. Ia juga bermakna harta yang ditahan "Al-habs"
( اَلْحَبْس ُ )atau harta
yang dihalang " Al-mana' "( اَلْمَنْعُ ).
Mengikut istilah syarak pula, wakaf
membawa maksud menahan sesuatu harta daripada pewakaf dan memberikan manfaatnya
untuk kebajikan dan kepentingan agama dan umat Islam atau kepada penerima wakaf
yang telah ditentukan oleh pewakaf sepertimana yang dinyatakan didalam hujjah
wakaf dari mula harta itu diwakafkan hinggalah ke akhirnya semata-mata kerana
Allah Subhanahu Wa Taala buat selama-lamanya dan ianya tidak boleh diambil
kembali atau dimiliki oleh mana-mana individu.
Secara umumnya wakaf terbahagi
kepada 2 iaitu:
i) Wakaf Ahli (wakaf keluarga)
wakaf ini dikhususkan manfaatnya kepada ahli keluarga yang telah ditentukan
oleh pewakaf.
ii) Wakaf Khairi (Wakaf Kebajikan)
wakaf ini terbahagi kepada wakaf am dan wakaf khas.
Bagi wakaf am ianya boleh diertikan sesuatu wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf
bagi tujuan manfaat umum umat islam mengikut hukum syarak seperti untuk
kemudahan atau pembangunan ekonomi umat islam menerusi pelbagai aktiviti yang
dijalankan dengan berasaskan hokum syarak.
Bagi Wakaf khas pula ianya diertikan sesuatu wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf
bagi tujuan manfaat tertentu umat islam mengikut hokum syarak seperti
mewakafkan tanah untuk tujuan masjid, surau, sekolah agama, perkuburan islam
dan lain-lain yang dikhususkan oleh pewakaf.
RUKUN
WAKAF
- Orang yang mewakafkan. ﴿الْوَاقِفُ﴾
- Pihak yang menerima wakaf. ﴿المَوْقُوْفُ﴾
- Benda yang diwakafkan. ﴿الْمَوْقُوْفُ عَلَيْهِ﴾
- Suratan yang berkenaan dengan
wakaf termasuk wasiat (juga dikenali dengan sighah wakaf. ﴿حُجَّة﴾
Dalil Pensyariatan Wakaf
Perlaksanaan
ibadah wakaf adalah berasaskan kepada hadis Ibn Umar yang diriwayatkan oleh
imam muslim yang bermaksud:-
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ
عنْهُمَا قَالَ : أَصَابَ عُمَرُ أَرْضًا بِخَيْبَرَ , فَأَتَى
النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَأْمِرُهُ فِيهَا,
فَقالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ , إِنِّي أَصَبْتُ أَرْضًا
بِخَيْبَرَ لَمْ أُصِبْ مَالاً قَطُّ هُوَ أَنْفَسُ عِنْدِي
مِنْهُ, فَقَالَ : إِنْ شِئْتَ حَبَسْتَ أَصْلَهَا وَتَصَدَّقْتَ
بِهَا, قَالَ: فَتَصَدَّقَ بِهَا عُمَرُ , وأَنَّهُ لاَ يُبَاعُ أَصْلُهَا,
وَلاَ يُبْتَاعُ وَلاَ يُورَثُ وَلاَ يُوهَبُ قَالَ فَتَصَدَّقَ عُمَرُ
فِي الْفُقَرَاءِ وَفِي الْقُرْبَى وَفِي الرِّقَابِ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ
وَابْنِ السَّبِيلِ وَالضَّيْفِ لاَ جُنَاحَ عَلَى مَنْ وَلِيَهَا
أَنْ يَأْكُلَ مِنْهَا بِالْمَعْرُوفِ أَوْ يُطْعِمَ صَدِيقًا غَيْرَ
مُتَمَوِّلٍ مَالاً.
﴿ متفق عليه واللفظ لمسلم ﴾
Maksudnya
:
Daripada
Ibnu Umar r.a katanya: Umar telah mendapat sebidang tanah
di Khaibar kemudian dia datang menghadap Nabi s.a.w untuk minta
tunjuk ajar tentang cara pengelolaannya, katanya: Wahai Rasulullah! Saya
telah mendapat sebidang tanah di Khaibar. Belum pernah saya
memperolehi harta yang lebih baik daripada ini. Baginda bersabda: Jika kamu
suka, tahanlah tanah itu ( yakni wakafkanlah tanah itu ) dan
kamu sedekahkan manfaatnya. Lalu Umar mengeluarkan sedekah hasil
tanah itu dengan syarat tanahnya tidak boleh dijual dan dibeli serta diwarisi
atau dihadiahkan. Umar mengeluarkan sedekah hasilnya kepada fakir
miskin, kaum kerabat dan untuk memerdekakan hamba juga untuk orang yang
berjihad di jalan Allah serta untuk bekal orang yang sedang dalam perjalanan dan
menjadi hidangan untuk tetamu. Orang yang mengurusnya boleh makan sebahagian
hasilnya dengan cara yang baik dan boleh memberi makan kepada temannya dengan
sekadarnya.
Muttafaq a’laih dan susunan matan tersebut menurut riwayat
Muslim
Dan
firman Allah Subhanahu Wa Taala yang bermaksud : -
﴿ لَن
تَنَالُواْ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَۚ وَمَا تُنفِقُواْ
مِن شَىۡءٍ۬ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ۬﴾
سورة آل عمران : ۹۲
Mafhumnya:-
“ Kamu sekali-kali tidak dapat mencapai hakikat kebajikan
dan kebaktian yang sempurna sehinggalah kamu memberi (menafkahkan )
sebahagian harta yang kamu cintai ke jalan Allah. Dan apa jua yang kamu
dermakan maka sesungguhnya Allah Taala Maha Mengetahui ”
Surah Ali Imran – Ayat 92
Al-Rafi'i
telah mentafsirkan maksud kebajikan di dalam ayat di atas adalah wakaf,
iaitu satu-satunya ibadah yang dapat dikategorikan sebagai sedekah jariah
kerana kebajikan yang diperolehi oleh pewakaf adalah ganjaran pahala yang
berterusan walaupun pewakafnya telah meninggal dunia dan selagi mana harta
yang diwakafkan tersebut terus kekal dan imanfaatkan.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan